Read this:
❝Welcome to my OfficiaL Blogger✿http://pinkalouseshada.blogspot.com/✿This page tell more about my life|this my owner,I hope you enjoy reading my post.Thanks.❞

Friday, September 12, 2014

Doakanlah yang baik-baik dan cuba fikir positif

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk saya menaip hari ini.
Seperti mana tajuk di atas "doakanlah yang baik-baik dan cuba fikir positif"
Ia benar, tidak salahkan jika kita mendoakan yang baik-baik untuk orang lain.?
Tidak salahkan jika kita berfikir positif kepada orang lain? Korang suka tak tetiba ada org fikir negatif je dekat korang? suka tak suka tak? mestilah tak sukakan.. Kita nie pun manusia yang tak sempurna, yang tak pernah lari daripada buat salah. Right? Kita sering melihat kesilapan orang yang lalu tanpa sedar yang orang tersebut sedang berusaha untuk BERUBAH!! bukannya kita nak support orang tersebut tetapi segelintir orang kita mengutuk, mengumpat malah memaki dan macam2 lagilah yg buruk (amalan syaitan) terhadap org tersebut!!! sepatutnya kita kena beri nasihat, support dia dari segi fizikal dan mental (tak boleh tolg secara fizikal mental pun dah kira okay)

Sebenarnya, agak geram dengan segelintir ibu bapa yang sering fikir negatif terhadap anak-anak mereka. Sedangkan mereka tidak pernah support anak-anak mereka dalam bidang yang diceburi. Ibu bapa sedarlah anak-anak kalian mempunyai keistimewaan tersendiri. STOP, panggil dorg BODOH, MENYESAL ADA ANAK MACAM KAU!, KAULAH ANAK PALING TERUK! dan pelbagai maki hamun seolah-olah mereka menyesal ada anak( nie namanya tak bersyukur dengan rezeki Allah). Amboi, buat anak pandai pula? Dah dapat kau maki dia macam haram je anak yg kau lahirkan tu?(kasar sikit 18+) apa nie?! ibu bapa apa macam nie, melepaskan kemarahan tanpa berfikir dahulu kesan terhadap anak tersebut. Tak ke down anak tersebut apabila orang yang dia harapkan untuk bimbing dia, dapat jadi kawan luahan perasaan, teman dikala ada masalah berbuat sedemikian. Memang patutlah ramai remaja yang banyak luah perasaan pada kawan, cikgu dan sebagainya( termasuk facebook). Hal ini demikian kerana apabila mereka mahu berkongsi dengan ibu bapa, dimarahkan pula. Lepastu kalau anak tak beritahu kpd ibubapa, marahlah kononya menipula (mcm mn anak tu nk beritahu, sebelum nie dia dah cuba beritahu dimarahkan, takutlah anak tu dan jawapanya share dgn org lain lah).... Inilah dikatakan "seperti ketam menyuruh anaknya berjalan" macam mana anak tak ikut perangai EGO ibu bapa. Rosak akhlak anak tu kalau ikut perangai ibu bapa macam tu, sampai bila-bila keturunan dia akan musnah. Dahlah tinggal sebumbung , pastu dilayan pulak macam sampah, kes nielah anak-anak jarang lekat dekat rumah , banyak habiskan dengan kawan-kawan, aktiviti koko, pergi library dan erti kata lain kalau boleh tak nak duduk dekat rumah sebab apa yg dibuat semuanya salah. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi ye tak?

Zaman IT nie, ramai ibu bapa yang banyak habiskan masa dengan gadject mewah mereka , hampir semua golongan ibu bapa memiliki gadject mewah dan sehingga alpa kepentingan masa bersama anak-anak mereka. Hukum Allah tu benar, esok-esok anak-anak sudah dewasa anak juga akan berbuat demikian. Cubalah kita berfikir di luar kotak fikiran yang anak-anak kita juga bakal menempuhi alam dewasa yang lebih mencabar kehidupannya. Semasa anak kecil, kita selalu kata " kejaplah, mama sibuk papa sibuk, bagitau bibik, bagitau kakak , bgtau abang ..." sibuk apa ? asyiknya melihat gadject tersebut sehingga apa yg anak mahu tidak tanya.. sebab tulah ramai anak remaja kita sekarang gemar bermain gadject . mahu disalahkan siapa? Esok-esok , anak pun akan jawab mcm tu apabila dewasa, " Kami sibuklah, kami tak boleh balik." "kami sibuklah, byk keja anak tkda sapa nk jaga" takpun sekarang dah boleh lihat, sesetengah anak simpan rahsia kejayaan drpd ibubapa. Tolglah, jgn rosakan keturunan kita. Hukum Allah itu pasti.

Sesetengah ibu bapa juga sering samakan anak mereka dengan anak orang lain. Tolonglah STOP compare anak dengan anak org lain. Misalnya, anak rakan mereka pandai berjaya sehingga masuk universiti dan anak dorg tak berjaya. sepatutnya ibubapa kena support anak tu supaya jgn down dan teruskan usaha demi masa depan kerana rezeki Allah tu ada di mana-mana. Tak susahpun kan nak ucap "KAMU BOLEH SAYANG, IBU DENGAN AYAH SENTIASA ADA DIBELAKANG KAMU, KAMI SAYANG KAMU, ANAK" tidak susah pun kan.?  nie tak doakan lagi yang buruk-buruk pada anak. Kadang-kadang segelintir ibubapa nie, benda tak jadi lagi dah hukum macam-macam, fikir bukan-bukan. BUKANKAH DOA SEORANG IBU ITU MUDAH TERMAKBUL? CUBALAH MINTA DOA YANG BAIK-BAIK, TAK RUGI PUN MALAH IBU BAPA PUN BOLEH TUMPANG SENANG DENGAN KEJAYAAN TERSEBUT.

Macam-macam kes dah berlaku sekarang nie, ibu bapa yang bunuh,dera dan paling kejam rogol pastu bunuh. IBUBAPA apa macam nie, macam nie nak jadi contoh kepada masyarakat yang lain? Nie semua akibat kurangnya agama dalam diri ibu bapa itu sendiri. Mau taknya, solat pun macam guna tisu, puasa pun ada yg tak puasa... aish, kebanyakkan kes nie terjadi dalam golongan org Islam kita lah, Islam kah begitu?? Apabila ada anak yg tegur soal agama, dikatakan pula anaknya itu cakap pandai, marah anak kononya tak betul. PERGHH, Ego sungguh ibu bapa seperti ini. itupun ada hati nak kata diri mereka nie hebat, AKULAH IBU BAPA YG SEMPURNA!! Wahai ibu bapa dan bakal jadi ibu bapa Tiada yg sempurna kecuali ALLAH.

Pernahkah kamu dengar bagaimana Rasulullah SAW mendidik anak-anaknya?


PESAN SAIDINA ALI : 
Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

  • 7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.

  • 7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

  • 7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak - FB Islam Agama Ku

Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita tidak tergolong dalam kalangan ibu bapa yang pentingkan diri, ego dan tiada didikan agama, jika kita tiada pegangan agama yg kukuh bagaimana kita hendak mendidik anak kita nanti. Begitu juga dengan aku, Insya-Allah suatu hari nanti aku juga akan bergelar ibu kepada anak-anakku nanti. Semoga aku dan bakal suamiku menjadi ibu bapa yang terbaik. Namun begitu, kita semua manusia yang tak lari daripada kesilapan. Harap perkongsian ini dapat menjadikan kehidupan kita lebih sempurna. Post ini juga tidak bertujuan untuk menyakiti hati sesiapa tetapi hanya untuk berkongsi benda yang baik. Tak salahkan ilmu diperkongsikan. lagi pula, hal ini berdasarkan pengalaman yang telah saya teliti di akhbar dan persekitaran. kebanyakkan sesuatu itu berlaku kerana duit, kesempitan hidup dan kurang dedahan agama.

❝thanks for reading my typing. Maaf atas penggunaan yang kasar semasa menaip! ✿this my owner..not copy or paste okay ✿ ❞

0 Comment terhebat:



Instagram