Read this:
❝Welcome to my OfficiaL Blogger✿http://pinkalouseshada.blogspot.com/✿Thanks.❞

Sunday, January 24, 2021

Masa Begitu Pantas

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Lama betul tak updates dekat blogger, lagipun banyak sangat dah social media sekarang ni. Jadi, blogger macam down and low sikit.. Ini pun sebab rasa rindu nak menaip kat sini.. banyak article, enteries yang dah delete. yelah, dulu zaman budak2 updates entah apa-apa .. hahahah, baca balik rasa lucu pun ada.. yang tinggal pun yang bagus-bagus je..

Rasa macam masa sekarang ini bergerak pantas sangat. pejam celik pejam celik dah umur 26 tahun.. tak lama lagi masuk 3series lah..hahaha.. Kena banyak perbaiki diri, dekatkan diri dengan ALLAH, jaga hubungan dengan keluarga, kawan-kawan & sesama manusia lain. Belajar control emosi, bersabar, sangka baik, fikir positif, Insya-Allah, buat baik selalu, spread the kindness okay. Kecilkan circle berkawan, betul lah orang kata, makin meningkat usia ini, masing-masing ada haluan sendiri, doa yang baik-baik sudah. Berkawan dengan orang yang bagi kita semangat yang baik untuk memajukan diri. Selalu mendampingi orang soleh solehah, banyak dengar ceramah agama untuk tingkatkan ilmu agama (akhirat), cari ilmu yang manfaat. Hah, Aku nak share la satu doa nie, Aku ada save doa ini dalam handphone aku dan always amalkan setiap pagi.


dan aku selalu juga baca bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'ul 'alim (setiap pagi, petang/ lepas solat). untuk elakkan sebarang musibah.. banyak sebenarnya zikir dan doa yang boleh diamalkan, kena rajin cari.. nie salah satunya yang aku amalkan, pastu kena rajin-rajin solat sunat dhuha (aku selalu buat time weekends). Doakan aku istiqomah guys, selagi ajal tak jemput. Aku doakan kamu semuapun istiqomah, berubah lebih baik untuk diri sendiri tau, niat kerana Allah.. dan jangan pernah rasa diri tu baik, nanti jadi riak pula..kita nie manusia biasa je, tanpa Allah, tanpa berkat Allah kita takda apa kat dunia ini. Allah tutup aib kita, jadi jangan pernah buka atau canang aib kita atau bukak aib orang. Faham? selalu ingat Allah sayang kita tau (Ustaz EL)


Sekarang nie, seluruh dunia mengalami wabak yang baru Covid-19 (koronovirus). Masih dalam keadaan yang dirisaukan seluruh dunia (muka bumi Allah). Allah, ini kuasa Allah,ujian dari Allah mungkin ada hikmahnya. Banyak juga sektor yang terganggu. Memang faham sangat apa yang semua orang lalui, kerja terganggu, ada yang kena berhenti kerja, pembelajaran anak-anak makin dirisaukan (sebab aku mengajar, aku boleh rasa juga part anak-anak ni), yang nak cari kerja pun susah (yela, kau nak apply kerja, sedangkan ramai sektor pekerjaan makin buang pekerja, fahamkan kondusi sekarang nak paid salary). Please guys, kalau rasa down, stress, depresi, cari orang untuk diluahkan (make sure boleh dipercayai tau). aku nak share la sikit, apa yang buat aku rasa perit sangat, macam aku buat PJJ (part time study). agak rasa juga perit tersebut, nak praktikum, nak bersemuka dengan lecturer susah.. tambah pula, tempat study aku nie, yang mengajar lain, yang buat paper exam lain, yang semak lain.. pening doh, memang kenaa pulun laa.. alhamdulillah, so far aku dikelilingi orang yang sentiasa support aku, rasa bersemangat juga. Tambahan pula, tahun ni, InsyaAllah last year dah.. Doakan aku berjaya guys..


Banyak planning tahun 2021 ini, ya ya ya.. Perancangan manusia. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah Maha Mengetahui yang terbaik. Kun Fa Yakun.. sangka baik dengan Allah. semoga dipermudahkan urusan Suhada, keluarga dan orang-orang yang mengenali Suhada, Aminnn.


ah, itu sahaja lah kot nak share, tak da benda yang menarik pun..nanti ada lagi, aku on cerita lagi.. haha. apa-apa pun, stay safe guys.

❝Alhamdulillah, thank you for reading! ✿ ❞