Read this:
❝Welcome to my OfficiaL Blogger✿http://pinkalouseshada.blogspot.com/✿This page tell more about my life|this my owner,I hope you enjoy reading my post.Thanks.❞

Tuesday, December 25, 2012

18 Perbezaan Lelaki dengan Perempuan

"Kalau Ya,Katakan Ya!" yes nie tajuk buku DR. HM TUAH ISKNADAR AL-HAJ, aku menarik nak baca sebab rasa macam berhadapan dengan beliau, macam berkomunikasi secara motivasi Facetoface.
Texting dalam buku ini pun menarik, dengan bahasanya yang santai dan sedikit graphic comic. MENARIK para remaja.. okay, apa kaitan dengan tajuk kita, sketsa 115-117 (m/s: 283-292) .


1. Minta pendapat
Lelaki tidak suka minta pendapat tetapi perempuan mudah meminta pendapat. Lelaki kan Ego , tak boleh la minta pendapat nanti tak nampak MACHO la manakala perempuan mudah menerima pendapat dan pandangan orang lain.. ye tak?

2.Sikap mengalah
Lelaki susah mengalah manakala perempuan mudah mengalah. bagi perempuan kalau mengalah itu tandanya sayang dan pengorbanan ye kan..

3. Perspektif kejayaan
Apa-apapun lelaki dia akan menilai sesuatu melalui hasil manakala perempuan menilai sesuatu melalui perasaan .* sebagai contoh la, pemimpin pada zaman Rasulullah pun lelaki kan(khalifah), Malaysia pun sama gak, PM kita lelaki.. :)

4.Cara mengurus Stres
Lelaki suka menjauhi diri manakala perempuan suka berkongsi. Thats why apabila perempuan stres dia perlukan seseorang untuk mendengar rintihan, perempuankan hati macam kapas.. :)

5.Emosi.
Mesti korang tahu siapa lebih emosi? mestilah menang perempuan. Lelaki ni jap je emosi dia ,cepat je sejuk tapi perempuan susah sikit.

6.Cara beri arahan
lelaki kalau bagi arahan bersifat ketua manakala perempuan tak beri arahan tapi suka berleter. (kata buku niela)

7.Sikap pemurah
Lelaki pemurah dan boros manakala perempuan kedekut dan jimat. *tapi perempuan bab nak beli hok dia, tak kedekut..

8.Cara berfikir
Lelaki berfikir makro(besar) manakala perempuan mikro(kecil). *Lelaki kan ada 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan ada 1 akal dan 9 nafsu .#fakta

9.Fokus
Lelaki selalunya tidak fokus pada sesuatu pekara, sedangkan perempuan selalu fokus pada sesuatu perkara. Sebab tu perempuan mudah menangis sebab dia terlalu fokus. Org gurau pun dia ambil hati,kecil hati, merajuk..lelaki kutuk p la sebakul pun, dia buat selamba je .. (buku nie kata kay, not me)

10.Perasaan cinta
Lelaki fleksibel manakala perempuan sepenuh hati. *sebab tu perempuan tak suka lelaki menduakan dorg.. tol tak perempuan?

11.Kemahiran mendengar dan membuat keputusan
Lelaki kurang teliti tetapi cepat beri pendapat manakala perempuan lebih teliti tetapi lambat buat keputusan.

12. Aspek kebendaan
Lelaki fokus kepada kebendaan manakala perempuan fokus kepada perasaan. *tengok lah emosi perempuan pun kuat.

13.Minta bantuan
*mesti korang dah agak siapa yang lebih gemar minta bantuan? Ofcause lah, menang perempuan. Lelaki selalunya payah minta bantuan sebab EGO manakala perempuan mudah minta dan beri bantuan.

14.Sikap marah
Nie pun mesti korang tahu siapa sikap marah dia lawan dan siapa mengalah.. agak-agak siapa lah ye?perempuan ke lelaki ?hehe

15.Topik bersembang
Lelaki tak gemar cerita tentang diri pasangan manakala perempuan lain , gemar bercerita pasal pasangan.

16. Menghadapi kesukaran
Lelaki lebih tenang manakala perempuan mudah gelabah (-_-).  thats right kan..

17.Sikap kepimpinan
Lelaki suka buat keputusan manakala perempuan suka ikut arahan (macam no.3 lah jugak ye)

18. Semangat kekeluargaan
Lelaki nie dia tak kisah kalau berjauhan dengan keluarga, sebab dia mudah selesa ..Right? tapi,perempuan gemar bersama keluarga .hmm

Sudah habis menerang pendek hasil kajian Dr, Tuah, aku dapatlah rumusan untuk diri aku juga. Dr. Tuah meggambarkan betapa uniknya kehidupan  kita . Bak kata beliau, " Semua kekurangan yang ada pada lelaki disempurnakan oleh wanita dan semua kekurangan wanita disempurnakan oleh lelaki". Walaupun penuh berbeza katanya, "bila hidup dalam satu rumah,dalam istilah perkahwinan bahagia, disulam dengan cinta dan kasih sayang, bertambah-tambah bahgianya." katanya lagi, "tanpa pasangan ,macam tak completelah pulak hidup.Kita kenal pasangan kita untuk bina kebahagian dan kecemerlangan".


Intihanya, aku rasa korang patut try baca buku nie, atau keluaran beliau. Berdasarkan rumusan tajuk perbezaan lelaki dengan perempuan, aku cuma ambil rumusan pada m/s 292,kalau nak tahu lebih lanjut kena baca buku tersebut, sebab dia menerangkan satu persatu mengenai perbezaan itu dengan memberi contoh dan ayat yang mudah cik,encik,tuan,puan membaca..  Ini bukan cetakkan tak semena-mena , ini hanyalah perkongsian dan Artikel ini Hak milik keluaran Telaga Biru sdn bhd ,marilah bersama-sama kita menilai diri kita ye. hehe..
this tag * sign for my own pendapat


❝thanks for reading my typing. Maaf atas penggunaan yang kasar semasa menaip! ✿this my owner..not copy or paste okay ✿ ❞

0 Comment terhebat: