Read this:
❝Welcome to my OfficiaL Blogger✿http://pinkalouseshada.blogspot.com/✿Thanks.❞

Tuesday, May 23, 2017

Bakar Semangat dan Buktikan

 Bila orang yang mencintaimu memutuskan pergi meninggalkanmu..bersemangatlahmenantikan dia yang memang baik bukan hanya di hadapanmu tapi juga baik di hadapan Allah Azza Wa Jalla yang akan membangun puing-puing KEHANCURAN HATIMU dengan cinta yang hanya KEMATIAN memisahkanmu denganNya..insya-Allah 


 Bila orang yang mencintaimu memutuskan untuk pergi meninggalkan dirimu dan kamu sudah pun tahu kepergiannya untuk orang lain.. 
 BERSYUKURLAH...kerana akan datang orang lain yang cintanya lebih besar dari dia yang dulu mencintaimu dan memutuskan pergi darimu itu, Insya-Allah, hikmah Allah pasti yang terbaik.
 IKHLASKANLAH...kerana meski di hadapanmu dia sudah baik tapi belum tentu dia yang terbaik untukmu..
 BERSABARLAH...Insya-Allah, kerana yang sempurna dari yang tersempurna akan dihadirkan untukmu iaitu orang yang memang ditakdirkan untukmu..akan sampai masanya orang yang benar-benar menghargai kamu dengan izinNya yang Maha Kuasa pasti akan bertemu juga, jika tidak di dunia bersabarlah pasti ada di syurga nanti.. Berusahalah dalam menjaga perkara yang dilarang olehNya, berubah untuk menjadi lebih baik disamping Allah SWT.
 HENTIKAN tangisanmu kerana ketika kamu asyik menangis kerana dia,? dia sedang berada dipelukan orang yang dia pilih menjadi pendampingnya dan sesungguhnya air matamu bukanlah untuk orang yang  sia-sia bukan,,,? Jangan pernah sia-siakan air matamu untuk manusia..

Ayuh, semua sahabatku yang tengah broken heart tu, move on from the past relationship. Hubungan dengan manusia bukannya kekal dan bersifat sementara, seperti mana enteries sebelum ini aku pernah menerangkan tentang hati manusia yang sering berbolak-balik, Jangan letak harapan terlalu tinggi kepada manusia..sayang ke, cinta ke, jadikan kasih sayang dan cinta itu sentiasa dalam redha dan rahmat Allah agar kita terhindar daripada perkara yang sia-sia. please, to those yang dah ada hubungan dengan orang yang kamu sayang(kahwin especially) , appreciated she/he, take care her/his feelings, orang baik nie bukan senang nak jumpa.. One day, kalau Allah ambil balik perasaan sayang itu, time tu kamu jangan menyesal.. belajar-belajarlah hargai orang tak kiralah hubungan jarak jauh ke, dekat ke.. make them feel kewujudan kamu tu.. tak susahpun untuk said goodmorning everyday..
lari topik pulak,, hehehe,, So, yang broken heart tu, udah-udahlah menangis, mengharap kepada dia yang dah bahagia pun dengan someone new. Takyah dok tunggu sangat, ramai lagi orang yang hargai kamu tu.. 
buang semua kenangan dengan dia, banyak-banyak istifar (kenang dosa lalu , menangis minta ampun kat Dia), zikir selalu, baca al-Quran (dah lama dah kamu tinggal nie, cari masa untuk baca al-quran walaupun bukan setiap hari, belajar istiqomah..insya-Allah lama-lama kamu akan ok), cuba untuk berfikir positif (husnuzon dengan Allah dan cuba berkawan dengan orang, buka hati), cuba enjoy dengan apa yang ada sekarang(selagi tak salah hukum syarak), bersyukur dengan apa yang ada, cuba spend time dengan family dan kawan-kawan.. dan mungkin dengan perpisahan kamu dengan orang yang kamu sayang merupakan cara Allah nak jentik hati kamu yang terlalu asyik angau(WuaWuaWua) dengan cinta dunia (belum tentu bahagia)..

Aku bagi nasihat kat orang macam aku tak pernah broken heart..sebab aku pernah broken heartlah aku taknak orang lain rasa sakitnya hanya Dia yang tahu. Menangis macam tiada tuhan, takyah tau lah..memang taknak tahu pun kan..hahaha?!.. kembalilah kepada Dia, cuba baiki hubungan dengan Allah, jaga ibadat, perbanyakkan solat sunat, jangan lupa doa semoga Allah gantikan dengan seseorang yang lebih baik.. Insya-Allah, sampai masanya pasti termakbul juga.. pegang kata-kata nie, tiada kat dunia, di akhirat (syurga) pasti ada.. kita just jaga hubungan dengan Dia..Letak sepenuhnya harapan padaNya..tapi jangan sampai tak usaha pulak.. Fokus kerjaya kamu, cuba bahagiakan family kamu (kesian mereka kalau tengok kamu asyik sedih je).. kuat semangat!! yeah.. Insya-Allah, bakar semangat dan buktikan yang kita boleh berjaya walaupun ramai manusia yang tinggalkan kita dan Allah sentiasa ada.. 

لا حول ولا قوّۃ الا باللہ laa hawla wala quwwata illa billah (No power nor might except from Allah)


Ya Allah, usiaku kian meningkat dewasa dan sudah berangka 22 namun Masih lg menangis untuk sesuatu yg Engkau pinjamkan, sedangkan sesuatu itu adalah kepunyaanMu.. segala yg berlaku adalah kehendakMu & pasti ada HIKMAH ingin memberi yg lebih baik. Ini semua tanda kasih sayang dan rahmatMu... tuntunilah imanku.. Allahuma aaminn 🌸 [20April2017|22] (gambar pernah diupload di facebook)



❝Alhamdulillah, thank you for reading! ✿ ❞

0 wonderful comment: