Pejam celik pejam celik, sat ja rasa noh masuk bulan posa (loghat utagha sat)
الحَمْد لله
Dapat juga kita bersua dengan Ramadhan 1438h tahun ini, semoga kita semua boleh menikmati kemanisan bulan mulia ini. Insya-Allah, semoga tahun ini kita lebih baik dari tahun-tahun sudah. Beribadat kepadaNya, memohon doa kepadaNya dan melakukan aktiviti berfaedah seperti bersedekah, berzikir, baca Al-quran ...
Puasa penuh ye! Siapa yang rasa tinggal saja-saja tu, boleh taubat-taubat dah kot.. Bukan koi muda, koi tua dah, insaf-insaflah..malu kat Dia. Kita nie bukan ada apa pun kat dunia, Dia lagi Berkuasa.. kadang-kadang nak ibadah nie pun kena paksa juga, sebab puasa nie termasuk dalam rukun Islam kita kan (WAJIB). Katakanlah, ini merupakan kali terakhir kita bertemu dengan Ramadhan, memang sangatlah rugi orang yang tidak menikmati bulan mulia ini. Orang macam nie selalunya malu dengan manusia tetapi tak malu dengan Yang Tercipta tu. Sedar sikit yang Allah tu masih lagi bagi peluang untuk awak bertaubat dekat Dia. Saya pun ada salah juga, tapi puasa nie kan WAJIB..buat-buatlah, ikhlaskan niat tu ye awak-awak tu..
Kita takda apa pun kat dunia nie, semua yang ada nie bukan hak kita, bila-bila masa je Allah boleh ambil balik. So, bersyukurlah Dia bagi kita bernafas kat dunia ini.. sebagai tanda sayangnya kita pada Allah. beribadatlah kepadanya.. tak susah pun nak buat baik, mulakan dengan niat nak berubah..Insya-Allah, dipermudahkan.. Memanglah orang kata nak berubah nie macam-macam dugaan tapi teruskan istiqomah dengan niat nak berubah. Macam kita ada suka kat sesorang juga, kita teruskan usaha untuk pikat dia walaupun kita tak tahu dia terima kita atau tak. So, macam tu juga hubungan kita dengan Allah, teruskan niat nak berubah, insya-Allah pasti dipermudahkan.. #jomIbadat
Apa-apa pun memohon kepadaNya, letak Allah nombor 1 ! sentiasa #niatAllah . #takpernahtaksayang #takpernahtakrindu #roadtojannah #ramadhan1438 🌸
0 wonderful comment:
Post a Comment