Read this:
❝Welcome to my OfficiaL Blogger✿http://pinkalouseshada.blogspot.com/✿Thanks.❞

Friday, May 19, 2017

Redha

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Apabila kita redha akan sesuatu yang berlaku kita akan dapat rasa kebahagiaan itu.
apabila kita redha dengan kepergiaan sesuatu yang Allah pinjamkan buat sementara, percayalah Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya.

Teruskan berdoa kepadaNya, jangan pernah jemu berdoa.
Sampai masanya kita akan sedar yang Allah sangat sayang pada kita.
Ingat setiap apa yang kita lakukan selalulah diniatkan dengan Allah.
Insya-Allah, segalanya pasti akan rasa lebih tenang sebab kita tidak mengharapkan manusia, apabila kita terlalu mengharapkan manusia sudah pasti kita akan kecewa jika manusia tersebut tidak dapat memenuhi keperluan kita.. Sesungguhnya berdoa dan memohon kepadanya.

Sesunguhnya Hati manusia ini sifatnya berbolak balik :
Baca doa ni,
"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati aku pada agamaMu dan taat padaMu"


Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskannya satu persatu di saat yang paling tepat. Sabar kerana Allah tak akan membiarkan hambaNya berduka selamanya. twitter

(berapa tahun dah tinggal dunia blogger nie, sekarang teringin pula ye nak update..)

Buat orang yang dahulunya aku sayang tu..
terima kasih lah sebab dah beri aku peluang untuk mencari kematangan, ketabahan dan kekuatan
Hadiah ini yang telah menjadikan aku untuk tidak lagi percaya dengan kata-kata manis MANUSIA walaupun aku sendiri manusia.. Sesungguhnya dunia ini sentiasa berputar.. Aku akan selalu doakan kebahagiaan kamu semua.. Aku takkan lupa jasa baik korang selama kenal aku dan aku akan belajar daripada kesilapan yang telah aku buat.. Kita hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lari daripada buat salah kan.. Jadi, redhalah dan percaya dengan hikmah yang bakal Allah gantikan.. Jangan pernah harapkan manusia dan selalulah husnuzon (sangka baik) dengan Allah. La Tahzan, setiap musibah dan ujian, di situ terselit rasa kasih sayangnya Allah kepada kita hambaNya. La tahzan robbuna Maala (jangan sedih Allah bersama kita).

Ini gambar anak murid cilik aku. (16 Mei 2017)
الحَمْد لله
rezeki Allah bagi dapatlah aku bekerja dengan anak-anak syurga ini.

❝Alhamdulillah, thank you for reading! ✿ ❞

0 wonderful comment: